loading...
loading...

Rabu, 3 Mei 2017

Dirogol anak sendiri: ibu setuju tarik kes, tapi bersyarat... anda pasti terkejut baca syaratnya!

Dirogol anak sendiri: ibu setuju tarik kes, tapi bersyarat... anda pasti terkejut baca syaratnya!

TAIPING – Seorang pekerja kilang dibenarkan ikat jamin RM8,000 selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan merogol ibu kandung berusia 49 tahun dalam kejadian 8 Mac lalu.
Lelaki berusia 21 tahun itu minta dibicarakan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 7 malam pada 8 Mac lalu di rumahnya di Kamunting.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun dan tertuduh diwakili peguam, M Kathan.
Pihak pendakwaan sebelum itu memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh berikutan tinggal serumah bersama mangsa dan boleh mendekati mangsa.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 21 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Kathan berkata, anak guamnya hanya bekerja sebagai buruh kilang dengan pendapatan RM1,100 sebulan dan masih perlu menanggung tiga lagi adik yang berusia 17, 14 dan 12 tahun.
Sementara itu, seorang ahli keluarga tertuduh berkata, ibu mereka bersetuju menarik semula kes berkenaan, namun dengan syarat tidak lagi tinggal bersama.
Katanya, keputusan itu dibuat setelah memikirkan hukuman yang akan diterima tertuduh sekiranya didapati bersalah kelak.
“Dia pasti akan dipenjara lama dan usia ibu juga sudah menjangkau 49 tahun, namun dengan syarat dia tidak lagi tinggal di sini,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan untuk menarik semula laporan yang dibuat.

Sabtu, 29 April 2017

Gara-gara cukur bulu kemaluan, kaki wanita dimakan bakteria pemakan daging..Lihat gambar ke3 kesian.. Hati-hati!

Gara-gara cukur bulu kemaluan, kaki wanita dimakan bakteria pemakan daging..Lihat gambar ke3 kesian.. Hati-hati!



Seorang ibu kepada tiga orang anak berkongsi pengalaman yang beliau hampir kehilangan kedua belah kakinya akibat terkena jangkitan bakteria pemakan daging selepas mencukur bulu kemaluannya, lapor Daily Mail.


Dana Sedgewick, 44, dari Sheeld berkata, pada Mei 2012, beliau mencukur bulu kemaluannya dengan pencukur jenama baru. Selepas beberapa hari kemudian, Dana berasa tidak sihat dan mendapati ada sedikit jerawat tumbuh di pangkal pahanya dan berdarah. 


Pada awalnya, Sedgewick menganggap itu perkara biasa kerana sering mengalaminya selepas bercukur. Namun dua hari kemudian keadaannya semakin teruk dan ruam merah kelihatan di kedua-dua kakinya sebelum bertukar menjadi hitam. 

“Seperti wanita-wanita lain, saya cuba mencukur bulu kemaluan saya dengan menggunakan alat pencukur yang baru. Tetapi beberapa hari kemudian saya rasa tidak sihat dan mendapati ada jerawat kecil di paha yang berdarah. Tetapi saya biarkan saja kerana ia sering berlaku. 


“Tetapi jerawat itulah yang hampir menyebabkan saya kehilangan kedua-dua belah kaki,” katanya. Sedgewick dikejarkan ke unit rawatan rapi dan doktor segera membuang kulit pahanya yang telah mati akibat dijangkiti necrotising fasciitis (bakteria pemakan daging). 


Sedgewick diletakkan dalam keadaan koma selama 9 hari dan keluarganya dimaklumkan bahawa harapan Sedgewick untuk terus hidup hanya 30% sahaja, di mana buah pinggangnya gagal berfungsi dan jantungnya telah berhenti sebanyak empat kali.

“Apabila saya bangun, saya mendapati kedua belah kaki saya dibalut dan saya tidak tahu apa yang berlaku sepanjang 9 hari itu. Saya ingatkan saya terlibat dalam kemalangan,” katanya. 


Jika Sedgewick pulih dari penyakit itu, beliau perlu menjalani 21 pembedahan untuk membaiki kerosakkan pada kulitnya. Dalam masa yang sama doktor turut memberi amaran bahawa beliau tidak akan dapat berjalan lagi. 


Mujur dengan sokongan suaminya, Matthew, 47, Sedgewick kini telah pulih dan boleh berjalan menggunakan tongkat serta kembali ke rumah dengan anak-anaknya, Megan, 18, Freya, 14, dan Klara, 9 tahun. 


“Saya sangat bernasib baik masih hidup sehingga ke hari ini,” katanya. Enam minggu kemudian, Sedgewick dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani 21 pembedahan susulan bagi membaikpulih kulit kakinya yang terjejas. – Pen Merah Press

Selasa, 25 April 2017

6 Foto Terkini Sari Yanti Dan Jep Sepahtu Yang Semakin Bahagia

6 Foto Terkini Sari Yanti Dan Jep Sepahtu Yang Semakin Bahagia
Pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti telahpun bergelar suami isteri sejak 25 Februari lalu – kini sering mencuri perhatian lensa dalam setiap kemunculan mereka.
Boleh dikatakan mereka ini adalah pasangan yang paling hangat dan sensasi masa kini.
Maka tak hairanlah jika foto-foto yang dimuat naik ke laman sosial mereka sering dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya mengagumi keserasian dan kebahagiaan mereka.
Khas buat peminat Jep dan Sari Yanti, kami sertakan beberapa keping foto terkini pasangan tersebut yang dilihat semakin bahagia.
6 foto terkini sari yanti dan jep sepahtu yang semakin bahagia 2
6 foto terkini sari yanti dan jep sepahtu yang semakin bahagia 3
6 foto terkini sari yanti dan jep sepahtu yang semakin bahagia 4
6 foto terkini sari yanti dan jep sepahtu yang semakin bahagia 5
6 foto terkini sari yanti dan jep sepahtu yang semakin bahagia 6
6 foto terkini sari yanti dan jep sepahtu yang semakin bahagia 1

“Setiap manusia ada kerenahnya. Kami nak buat di radio ini lama. Susah bekerja jika tiada persefahaman" - Rahim Komen Sikap Tidak Matang Jep Sepahtu"

“Setiap manusia ada kerenahnya. Kami nak buat di radio ini lama. Susah bekerja jika tiada persefahaman" - Rahim Komen Sikap Tidak Matang Jep Sepahtu"


Sah bergelar suami kepada pelakon Sari Yanti, pelawak Rahim mengharapkan Jep akan menjadi seorang yang lebih matang.



Rahim, penyampai radio yang terlibat dalam segmen Sepahtu Sinar berharap dapat bekerjasama lebih lama dengan Jep dan Shuib menghiburkan peminat setiap pagi.

“Kerja dengan siapa pun ada masalah. Saya tidak nafikan di radio pun kami pernah berselisih pendapat tetapi saya percaya pada rezeki.

“Setiap manusia ada kerenahnya. Kami nak buat di radio ini lama. Susah bekerja jika tiada persefahaman kerana setiap hari mengadap muka.

“Ada benda yang perlu, saya nasihat. Dia pun sudah bergelar suami, tanggungjawabnya pun akan lebih.

“Saya harapkan dia menjadi lebih matang. Itu harapan dan doa saya,” katanya kepada ProjekMMO.

Jep, nama popular Mohd Nadzri Zainal Abidin sah bergelar suami kepada Sari Yanti pada 25 Februari lepas.

Pasangan berkenaan mengadakan majlis pernikahan tanpa undangan media di Dewan Mercu Mustapha Kamal di Petaling Jaya.

Sari Yanti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Rahim diminta mengulas sikap Jep yang dilihat kurang mesra media semasa majlis perkahwinannya.

“Saya tidak boleh mewakili dia sebab dia ada sebabnya yang tersendiri. Secara peribadi, saya rasa hubungan baik artis dengan media itu perlu.

“Kurang adil dan tidak berapa elok jika saya komen bagi pihak dia. Kita harapkan benda yang baik selepas ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rahim berkata kehidupan berpoligaminya yang sudah masuk tahun kedua berjalan dalam keadaan baik.

Katanya, walau banyak pihak yang bercerita tentang isteri keduanya namun isteri pertama lebih banyak menemaninya ke acara hiburan.

“Saya banyak bawa isteri pertama. Isteri kedua jarang. Ini pun sebab saya minta. Siapa ikut perkembangan saya, tahu siapa isteri yang pergi.

“Isteri kedua dia faham kedudukannya. Jadi saya perlu menghargai dia. Tahun kedua kami jalani dengan baik. Doakan perkahwinan kami kekal.

“Kedua-dua isteri baik,” katanya.



Sumber asal: Projek MMO

Sabtu, 22 April 2017

ADOI KANTOI !!! Tak sanggup nak tengok gambar si Shila Amzah ni...Sape yang tengok mesti nak MUNTAH!!! Gambar macam tu pun nak upload!!! CLEAR kot nampak BENDA Tuuuuuuuu....!!

ADOI KANTOI !!! Tak sanggup nak tengok gambar si Shila Amzah ni...Sape yang tengok mesti nak MUNTAH!!! Gambar macam tu pun nak upload!!! CLEAR kot nampak BENDA Tuuuuuuuu....!!



Adoi!!! Tak sanggup nak tengok gambar si Shila Amzah ni…Sape yang tengok mesti nak MUNTAH!!! Gambar macam tu pun nak upload!!! CLEAR kot nampak BENDA Tuuuuuuuu….. Gambar Shila Amzah terkangkang undang kontroversi – Kontroversi t entang gambar-gambar beraksi kurang senonoh yang dikaitkan dengan Shila Amzah memang bukan perkara baru dan sudah beberapa kali berlaku sebelum ini.
Pada Jun dan Ogos tahun lalu, bekas kekasih Sharnaaz itu pernah dihentam peminat kerana berkongsi beberapa keping gambar dalam keadaan berpakaian ketat sehingga memperlihatkan bentuk tubuh badannya.
Terbaru, Shila Amzah kembali menimbulkan kontroversi apabila berkongsi sekeping gambar yang memperlihatkan dirinya cuba melentur badan sehingga kakinya terkangkang ke atas. Aksi tersebut dilakukan dalam keadaan bertudung.
Kebanyakan peminat yang menjadi pengikut Shila tidak senang dengan perkongsian gambar itu kerana menganggap aksi berkenaan tidak beradab dan kurang manis sebagai wanita bertudung.
Meskipun, ramai peminat mengetahui tindakan Shila itu dilakukan tanpa niat namun kata mereka, sebagai seorang artis bertudung, dia seharusnya sudah sedia maklum bahawa setiap inci perbuatannya akan diperhatikan dan dihakimi oleh orang luar.

PANAS!!! Pelacur VVIP ZARA buat HAL Lagi !! 14 FOTO POSING Maut tempah NERAKA.. MEMALUKAN WANITA ISLAM DI MALAYSIA!















Selasa, 18 April 2017

INILAH "PADAHH" SEORANG JANDA YANG KEHAUSAN SETIAP MALAM..!! [ 3 ]GAMBAR.. SEHINGGAKAN....

Nora adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya,Nora masih cantik, potongan body pun ok macam anak dara, kira bergetah giler ah.




Sejak kematian suaminya, Nora selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu,Nora tidak pernah melayani pemuda2 tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat2 kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya.

Lebih lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak muncak.
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. Nora bangun dari tidurnya.
Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus… Nora merasa begitu dahaga sekali…
Nora bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur…langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.
Sesampai di dapur…Nora langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk…

Nora menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut…. Nora kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.
Begitulah kisah mengenai Nora , seorang janda yang kehausan…sumber-xlupa.com

Hahaha..jangan marah!!.. 

Isnin, 17 April 2017

(VIRAL) ISTERI CURANG!! Suami main Futsal, dia Bawak Jantan Lain Masuk Bilik. Akhirnya Dibelasah Org Kampung Berkenalan sebab tersalah nombor telefon.... Alahai!!

BESUT - Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung. 

 Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu. 

 Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih. Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu. 

 Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku. 

 Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan. 

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.



Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis. Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu. 

Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi. 

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu. 

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini. 

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama daerah untuk diambil keterangan. 

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut. Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya.
loading...